Friday, May 9, 2014

India oh India.. (1)

Day 1 : KL-Kolkata-Delhi
Hari yang ditunggu2 telahpun tiba. Flight dari LCCT to Kolkata jam 10pm. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam 30 min. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Sampai di Netaji Subhash Chandra Bose Airport Terminal 2 pada jam 12 tgh malam waktu tempatan. Waktu di India lewat 2 jam 30 min dari Malaysia. Pada mulanya kami semua ingat airport ni tak selesa and kotor tapi sebenarnya indah rupanya dari khabar. Airport yang sgt selesa dan bersih. Flight ke Delhi esok jam 7.05 pagi so kami ada byk lagi masa. Tidur di airport jer. Kitorg rapat2kan kerusi dan baring. Sebenarnya tdo2 ayam jer.
Mula2 sampai airport ni, rasa agak terkejut sebab kat sini tak ada security guard mcm di LCCT or KLIA. Kat sini semuanya askar yg lengkap bersentaja. Mak ai.. mula2 tgk mmg nervous tapi tak ada apa2 sebenarnya.

Btw, ada satu incident yang mmg aku tak akan lupa sampai bila2. Nampak tak teksi kuning kat bawah ni. Teksi kuning inilah punca segala2nya...


Masa tengah2 baring tu aku terpandang ke luar. Aku nampak berderet teksi kuning parking kat luar. Mmg menarik minat aku betul. Apa lagi, rasa nak keluar dan bergambar la mcm biasa. Niat di hati nak keluar sorg2 tapi bila tgk member sebelah dah terjaga.. dialah mangsa aku utk dijadikan teman. Sapa lagi kalo bukan Zul. So kitorg pun keluar. Mak ai... panas nya kat luar ni. Berjerubu pulak tu. Haish.. dlm hati cakap takpe.. pas bergambar masuk la balik. Kejap je ni.




Ok, done jom masuk.. panas ni walaupun masa tu baru pukul 3 pagi. So bila nak masuk kitorg kena tahan dengar askar yg jaga kat situ. Dia tak kasi masuk, sebab pintu ni utk keluar saja. Kalau nak masuk kena naik atas dekat pintu departure. Kitorg pun explain yang sebenar kitorg ada conecting flight lepas ni ke Delhi and semua bag ada kat dlm tapi still askar tu tak kasi masuk jugak. Tak sangka aku tegasnya diorg.  Nak buat mcm mana, dah dkt negara org, kena la ikut cara diorg. Then naik atas kena tahan jugak dengan askar kat atas. Dia kata kena tunjuk air ticket baru boleh masuk. Ok, nak kena explain lagi sekali lagi cerita tadi. Bagitau kata tiket ada dekat kawan kitorg kat dalam dan dia suruh panggil. Nak panggil mcm mana diorg kat bawah kitorg kat atas. Last2 dia suruh aku masuk sorg Zul tunggu kat luar. Fine, aku pun berlari2 ke hujung airport cari escalator nak turun. Aku tgk entrance nak ke escalator tutup siap kena rantai lagi. Aduh... aku berlari sebelah sana pulak. Nak turun ada askar jaga dia kata tak boleh turun, sama jugak ty mana tix aku. Tunjuk passport tak jalan. Adui sudah... menyesal tak sudah sbb keluar tadi. Dalam hati menyumpah2 ni semua sbb teksi kuning tu. Nak sangat bergambar kan. Dah mcm2 hal jadi. Belum sampai sehari lagi pun aku kat India ni. So terpaksala aku pergi balik kat entrance tadi. Bgtau Zul yg kita kena turun balik ambil tix baru boleh masuk. So turun balik kat bawah. Buat drama pulak kat bawah. Benda yg sama kena tahan ngan askar, mintak tlg askar tu panggil kawan kitorg pun dia cakap tak boleh. Kena buat sendiri. Argh... tention.. ok2 cool down. Kitorg pergi balik kat tempat yg Hajar & Za tido sambil ketuk tingkap. Tak nampak lak Hasni, dia kat toilet la tu. Aku dah risau dah takut kena tangkap ngan askar sebab dah mcm nak pecahkan je tingkap airport tu kitorg ketuk. Mmg la diorg takkan dengar sebab ada gap. Aku call mmg tak dpt la sebab diorg tak on roaming. Mmg menyesal la keluar tadi.

Tiba2 ada org lalu kat sebelah Hajar yg tengah nyenyak tido tu. Apa lagi dengan menggunakan pelbagai bahasa isyarat, aku ngan Zul suruh org tu kejutkan Hajar. Org tu mula2 dah mcm takut2 jer. Tapi dia mcm pasrah je kejutkan Hajar maybe sbb tgk kitorg kat luar ni dah mcm org gila. Haha.. Hajar yg tgh blur2 tu pun bangun. Dia pun terpinga2 sbb tgk kitorg ada kat luar. Dengar menggunakan bahasa insyarat aku suruh Hajar keluar dekat entrance. Dengan muka kesian aky bgtau Hajar tolong ambil bag aku ngan zul. Kitorang dah tak boleh masuk balik. Nnt kitorg tunggu korang kat atas. Nasib aku ada buat back up print semua tix. Kalau tak susah jugak la. Sementara tunggu Hajar dtg bawak tix dan bag kitorg, Zul kena tegur lagi dengan askar kat situ...

Zul: (dekat pintu)ooh...sejuk skit sini..
Askar: Mem, can you step aside ?

Zul: (langkah setapak kuar skit ngan muka raih simpati)
Askar : Mem...can you step aside more ? (Siap dtg dekat cm nk halau)
Zul: Eerr...ok (muka sedih)
Askar : (muka bersalah) Mem, I'm sorry. It is my job.
Huhuu...baik jugak askar ni..


Dah dapat bag and tix alhamdulilah dah dapat masuk airport  balik kat departure hall. Lega sikit. Wow, my new experience. Next time beringat jgn buat mcm tu lagi. Moral of the story, jgn suka suki nak keluar airport kalau tak ada benda penting nak dibuat. Security kat sini sangat ketat, jgn main2. Kalau dia Malaysia, bomoh pun boleh masuk airport kan.. Alhamdulilah pkl 7.05 naik flight Indigo ke Delhi. Penerbangan 2jam 10 min dan pkl 9.15am kami semua tiba di Delhi.

Ok, to be continue utk drama seterusnya.. byk sgt benda dan gambar yang nak di kongsi bersama. Till we meet at the next page..


Wednesday, April 9, 2014

Persediaan ke India

Untuk ke India, rakyat Malaysia memerlukan Visa ke sana. 1st experience aku buat Visa sendiri. Sebelum ni ke Saudi & Australia, buat through travel agent je. Senang...

Ada orang tanya apa beza visa dan passport. Passport adalah doc pengenalan antarabangsa mcm IC, tapi bila berada di luar negara kena gunakan passport.

Visa adalah kebenaran utk kita masuk ke sesebuah negara. Even kalau ada passport tapi tak ada visa, kita tak boleh masuk negara tu. So sebelum nak travel kena make sure check either negara yg kita nak lawati tu perlu visa atau tidak.

Bukan semua negara perlukan visa. Cuma sesetengah negara sahaja Untuk ke india mmg perlukan Visa. Mahaiii baq hang....

What you have to prepare for India Visa application :

  1. 1. Fill up online visa application form at http://www.indiavisa.com.my. Pls make sure that all the details has been entered correctly or else you will be penalised RM20. 
  2. 2X2 gambar visa (white background) 2 keping.
  3. Comfirm flight ticket or flight itinerary 
  4. Cash RM161.56
  5. Passport

Ok, for the next tips...
Mai nak bagi petua sikit macam mana nak isi borang online to make sure tak salah. Satgi tak pasai2 kena denda RM20 padahal bukan salah besar pun.

Make sure masa isi kat surname tu kena letak Binti or Bin.



Jangan tertinggal alphabet masa key in passport no.




Kena tunggu giliran. Tapi jangan risau kejap je. Kaunter pun banyak yang buka.




Passport boleh collect after 3 working days.



Working days : Monday to Friday
Visa application submission : 9am-12pm
Passport collection : 3rd working day between 4pm-5.30pm

Kalau naik public transport, naik LRT turun station Masjid Jamek. Then jalan dlm 6min. Berhadapan dengan Agro Bank.

One more thing, korang juga boleh ambil typhoid injection. Kebersihan makanan dan air kat sana kurang memuaskan so, better ambil to avoid unnecessary thing happend time travel nanti. Prevention is better than cure right?  Kalau nak murah boleh je ambil kat klinik dbkl kat jalan cheras only RM21. This one is optional bukan compulsory.

India Visa


Setiap hari tak pernah lupa untuk berdoa agar perjalanan kali ini selamat dan dihindari dari sebarang musibah. Amin...





Sunday, January 5, 2014

Travel to Korea : Musim Luruh 2013

Travel Date : 10 October 2013 - 20 October 2013
Location :  Busan - Seoul - Sokcho - Jeju

Sebenarnya Korea tidak termasuk dalam wish list aku pun, tapi my travel buddy ajak pergi sebab tix murah so aku ikutkan saja. Korea.. sebenarnya aku dah jatuh cinta dengan negara ini. Aku suka sangat cuaca di sana. Masa aku di sana time Autumn, the weather just nice and i love it so much. Jangan risau untuk ke Korea sebab negara ni selamat. Dont worry just be careful. Kali ni aku travel mmg betul2 budget. Total expenses semua sekali termasuk semua flight tix, makan, shopping, acco, transportation kat sana RM2K sahaja. Kitorang save banyak kat accomodation. Stay dekat rumah orang kat sana. Nak tahu mcam mana kitorang boleh dapat free stay korang reg kat couch surfing www.couchsurfing.com. but it worth tapi korang kena berhati2 dan kena pandai pilih host. Thanks to my travel buddies jugak la yang mencari host. Serious cakap, dlm trip ni aku mmg tak study sangat. Aku just ikut kawan2 aku jer (nasib aku tak kena jual dengan diorg) haha just joking... Alhamdullilah host kitorang semua baik2.

Busan
Bagi aku agak membosankan.
Busan yang membosankan.. hahaha sorry..

Seoul
I love it. The people, the weather everything but one thing that i hate is stairs.. why there are a lot of stairs there.. huhu
nak nangis tau tengok tangga yang banyak dan tinggi... boleh kurus!!!


Nami Island
Famous dengan cerita Winter Sonata.

Sokcho
Best!!Ada Mount Seorak yang cantik dengan daun2 autumn yang kemerahan, kekuningan.. cantik sangat. Kitorang pergi Abai Village - pengambaran Drama Autumn In My Heart my fav Korean Drama ever!!! Ada statue Eun Soh & Jun Soh. Kitorang naik gaetbae-boat - boat yang digerakkan dengan menggunakan kuasa tenaga manusia.

Jeju Islands
Kitorang kat Jeju 3 hari. Sewa kereta. Dari seoul ke jeju naik busan air. 1 malam duduk kat rumah CS (local). Thank to the hospitality that they provide to us. Banyak jugak tempat menarik yang aku gi kat Jeju ni.

Lets enjoy the pictures!!!

nak beli tix subway.. pening gak mula2

metro station.. lets start our journey

budak2 baru balik sekolah agaknya

Busy City, baru lepas hujan. Panas, berpeluh2 kitorang

Area rumah CS kitorg. Betul2 tepi laut.

Jalan2 kat sini tiba2 ada awek korea nak bergambar ngan kitorg. Excited kot tengok kitorg pakai tudung.. hehehe.

One thing yang aku realized kat Korea ni ada byk sangat coffee house or cafe. Malam ni kitorg light dinner kat "Think Coffee". Harga.. kalau tak convert murah la tapi kalau convert boleh pengsan dengan 1 slice sandwich + cappuccino RM36 duit korea W12K sahaja :)

 Dekat dengan rumah CS kitorg, betul2 tepi laut. Pagi2 keluar sejuk...

 Heunde Bridge
Gamcheon Village. Our 2nd day at Busan. Datang sini naik bas je.

Ahjuma ni sangat friendly ngan kitorg. Bersembang mcm masing2 faham bahasa masing2. Masih kuat berjalan lagi ahjuma ni walaupun dah tua.

Lepas Gamcheon Village, kitorg naik bas pergi Taejongdae Cliff. Cantik la.. tepi laut dan banyak tangga. Penat memanjat. Entrance fee W1.5K

One of the nice view. Tapi adik aku cakap mcm kat langkawi jer.. Ada bunyi2 org jealous kat situ.

Mmg banyak cliff kat sini. Dah petang2 mcm ni mmg sejuk. Kitorg tak tunggu sunset pun.


3rd day.. We are in Seoul with KTX. So now nak g Hongik another CS's house.


Kitorg lunch kat Hongik town, kedai makan BaB. Ini la makanan yang kitorg makan and this is my 1st experience having a korean dish. Not bad. Aku boleh masuk dengan makanan korea. Sedap and of course kitorg order semua yang veggie. Total makanan kitorg semua tu W35K jer @ W7K/pax.

Inilah kedai makannya. Another things yang aku realize, makan kat kedai korea ni dioarg bg free flow utk air which is good!!!

Hello Kitty Cafe, Hongdea Street. Kitorang masuk jer bergambar.. dah minum pun. Dapat jumpa ramai gak org msia datang sini.



Interior design Hello Kitty Cafe. Direction Hongik Station (Subway Line 2) - exit 9 - turm left and walk straight. 


4th day, kitorg ke Nami Islands. From Seoul to Nami Islands by train.


Ferry ke Nami. 5 min dah sampai. FeeW8000



Pokok sini daun masih hijau lagi. Kitorg tgh cari daun yang dah tukar colour tapi tak ada sgt. Kitorg dtg awal. Mungkin kalau lewat seminggu pokok2 dah bertukar colour.

Pulau yang famous dengan drama Winter Sonata. Dalam entry seterusnya, aku  akan bgtau mcm mana nak ke Nami Islands in details and more pictures to share.
















Selamat Tahun Baru 2014

Tahun baru 2014. Untuk kali tahun baru menjelma semua orang akan bertanya 2 soalan yang sama. "Apa azam tahun baru?" dan "Azam tahun lepas dah tercapai ke?" Aku hanya mengharapkan kehidupan yang lebih baik untuk tahun ini dari tahun sebelumnya. Alhamdulilah, kehidupan sekarang bertambah baik.

Tahun ni memang aku nak travel, travel dan travel.

Travel plan for this year

January 2014 (Family trip)
Terengganu
KL- Kuala Terengganu - Cherating - KL

April - May 2014 (travel buddies)
India - Kolkata, Delhi, Agra, Kashmir & Ladakh

June (Family Trip)
Bandung Indonesia

November
New Zealand

June dan November masih lagi dalam perancangan sebab tix tak beli lagi. So utk NZ aku tunggu MATTA fair this March.

Buat masa ni, ini saja plan yang aku ada. Tak der la banyak macam orang lain... Buat apa yang termampu saja dulu. Lagipun aku bukan nya rajin sangat nak study.

Berusaha, berdoa dan bertawakkal agar setiap impian yang kita impikan akan jadi kenyataan.