Friday, May 9, 2014

India oh India.. (1)

Day 1 : KL-Kolkata-Delhi
Hari yang ditunggu2 telahpun tiba. Flight dari LCCT to Kolkata jam 10pm. Perjalanan mengambil masa selama 4 jam 30 min. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Sampai di Netaji Subhash Chandra Bose Airport Terminal 2 pada jam 12 tgh malam waktu tempatan. Waktu di India lewat 2 jam 30 min dari Malaysia. Pada mulanya kami semua ingat airport ni tak selesa and kotor tapi sebenarnya indah rupanya dari khabar. Airport yang sgt selesa dan bersih. Flight ke Delhi esok jam 7.05 pagi so kami ada byk lagi masa. Tidur di airport jer. Kitorg rapat2kan kerusi dan baring. Sebenarnya tdo2 ayam jer.
Mula2 sampai airport ni, rasa agak terkejut sebab kat sini tak ada security guard mcm di LCCT or KLIA. Kat sini semuanya askar yg lengkap bersentaja. Mak ai.. mula2 tgk mmg nervous tapi tak ada apa2 sebenarnya.

Btw, ada satu incident yang mmg aku tak akan lupa sampai bila2. Nampak tak teksi kuning kat bawah ni. Teksi kuning inilah punca segala2nya...


Masa tengah2 baring tu aku terpandang ke luar. Aku nampak berderet teksi kuning parking kat luar. Mmg menarik minat aku betul. Apa lagi, rasa nak keluar dan bergambar la mcm biasa. Niat di hati nak keluar sorg2 tapi bila tgk member sebelah dah terjaga.. dialah mangsa aku utk dijadikan teman. Sapa lagi kalo bukan Zul. So kitorg pun keluar. Mak ai... panas nya kat luar ni. Berjerubu pulak tu. Haish.. dlm hati cakap takpe.. pas bergambar masuk la balik. Kejap je ni.




Ok, done jom masuk.. panas ni walaupun masa tu baru pukul 3 pagi. So bila nak masuk kitorg kena tahan dengar askar yg jaga kat situ. Dia tak kasi masuk, sebab pintu ni utk keluar saja. Kalau nak masuk kena naik atas dekat pintu departure. Kitorg pun explain yang sebenar kitorg ada conecting flight lepas ni ke Delhi and semua bag ada kat dlm tapi still askar tu tak kasi masuk jugak. Tak sangka aku tegasnya diorg.  Nak buat mcm mana, dah dkt negara org, kena la ikut cara diorg. Then naik atas kena tahan jugak dengan askar kat atas. Dia kata kena tunjuk air ticket baru boleh masuk. Ok, nak kena explain lagi sekali lagi cerita tadi. Bagitau kata tiket ada dekat kawan kitorg kat dalam dan dia suruh panggil. Nak panggil mcm mana diorg kat bawah kitorg kat atas. Last2 dia suruh aku masuk sorg Zul tunggu kat luar. Fine, aku pun berlari2 ke hujung airport cari escalator nak turun. Aku tgk entrance nak ke escalator tutup siap kena rantai lagi. Aduh... aku berlari sebelah sana pulak. Nak turun ada askar jaga dia kata tak boleh turun, sama jugak ty mana tix aku. Tunjuk passport tak jalan. Adui sudah... menyesal tak sudah sbb keluar tadi. Dalam hati menyumpah2 ni semua sbb teksi kuning tu. Nak sangat bergambar kan. Dah mcm2 hal jadi. Belum sampai sehari lagi pun aku kat India ni. So terpaksala aku pergi balik kat entrance tadi. Bgtau Zul yg kita kena turun balik ambil tix baru boleh masuk. So turun balik kat bawah. Buat drama pulak kat bawah. Benda yg sama kena tahan ngan askar, mintak tlg askar tu panggil kawan kitorg pun dia cakap tak boleh. Kena buat sendiri. Argh... tention.. ok2 cool down. Kitorg pergi balik kat tempat yg Hajar & Za tido sambil ketuk tingkap. Tak nampak lak Hasni, dia kat toilet la tu. Aku dah risau dah takut kena tangkap ngan askar sebab dah mcm nak pecahkan je tingkap airport tu kitorg ketuk. Mmg la diorg takkan dengar sebab ada gap. Aku call mmg tak dpt la sebab diorg tak on roaming. Mmg menyesal la keluar tadi.

Tiba2 ada org lalu kat sebelah Hajar yg tengah nyenyak tido tu. Apa lagi dengan menggunakan pelbagai bahasa isyarat, aku ngan Zul suruh org tu kejutkan Hajar. Org tu mula2 dah mcm takut2 jer. Tapi dia mcm pasrah je kejutkan Hajar maybe sbb tgk kitorg kat luar ni dah mcm org gila. Haha.. Hajar yg tgh blur2 tu pun bangun. Dia pun terpinga2 sbb tgk kitorg ada kat luar. Dengar menggunakan bahasa insyarat aku suruh Hajar keluar dekat entrance. Dengan muka kesian aky bgtau Hajar tolong ambil bag aku ngan zul. Kitorang dah tak boleh masuk balik. Nnt kitorg tunggu korang kat atas. Nasib aku ada buat back up print semua tix. Kalau tak susah jugak la. Sementara tunggu Hajar dtg bawak tix dan bag kitorg, Zul kena tegur lagi dengan askar kat situ...

Zul: (dekat pintu)ooh...sejuk skit sini..
Askar: Mem, can you step aside ?

Zul: (langkah setapak kuar skit ngan muka raih simpati)
Askar : Mem...can you step aside more ? (Siap dtg dekat cm nk halau)
Zul: Eerr...ok (muka sedih)
Askar : (muka bersalah) Mem, I'm sorry. It is my job.
Huhuu...baik jugak askar ni..


Dah dapat bag and tix alhamdulilah dah dapat masuk airport  balik kat departure hall. Lega sikit. Wow, my new experience. Next time beringat jgn buat mcm tu lagi. Moral of the story, jgn suka suki nak keluar airport kalau tak ada benda penting nak dibuat. Security kat sini sangat ketat, jgn main2. Kalau dia Malaysia, bomoh pun boleh masuk airport kan.. Alhamdulilah pkl 7.05 naik flight Indigo ke Delhi. Penerbangan 2jam 10 min dan pkl 9.15am kami semua tiba di Delhi.

Ok, to be continue utk drama seterusnya.. byk sgt benda dan gambar yang nak di kongsi bersama. Till we meet at the next page..


5 comments:

  1. haha... ini kelakar... kesianye... xper... saya pun da tahu sekarang ni... kena beringat juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecut perut jugak tau.. haha.. btw saya pun tatau nk buat mcm mn utk follow blog ni. Dah godek2 jat setting tak jmp pun.. :(

      Delete
  2. Alhamdulillah xdak pape... best baca blog hang...

    ReplyDelete